Mengapa Sekolah Memerlukan Sistem Pembayaran Digital?

Pembayaran secara dalam talian memberikan kemudahan kepada sekolah & ibubapa kerana mudah, tepat, pantas & penyimpanan rekod yang lebih mudah.

Mengapa Sekolah Memerlukan Sistem Pembayaran Digital?

Sekiranya anda membaca artikel ini, anda mungkin sedang khuatir bagaimana untuk mengendalikan pembayaran yuran secara efisien. Sama ada anda tidak pasti mengenai SOP pembayaran yuran atau perkara lain mengenai pembayaran yuran.

Adakah sekolah anda menghadapi masalah dibawah?

  • Kutipan yuran melibatkan tenaga kerja yang ramai
  • Transaksi kewangan direkodkan secara manual dimana berlaku pembaziran masa dan kesilapan semasa merekod transaksi
  • Kesilapan teknikal berlaku semasa mengira, melakukan invois dan semakan pembayaran yuran
  • Tidak mempunyai gambaran keseluruhan tentang pembayaran yuran - Pembayaran yang sudah selesai dan juga bayaran tertunggak

Kesilapan teknikal bukan hanya melibatkan kerugian tetapi ia melibatkan kepercayaan para ibubapa dan juga rakan kongsi. Ini sudah cukup untuk dijadikan alasan untuk menggunakan kaedah yang lebih selamat dalam mengendalikan urusan pembayaran yuran.

Jika anda tidak tahu, peralihan dari menggunakan manual ataupun sistem berfail ke sistem pengurusan kewangan sangatlah mudah. Sekolah yang sudah sudah menggunakan teknologi di dalam operasi sekolah boleh menggunakan sistem pengurusan kewangan dari syarikat yang sama seperti LittleLives, iaitu menggunakan sistem pengurusan mereka.

Berikut merupakan kelebihan yang diperoleh oleh pra-sekolah anda apabila menggunakan sistem pengurusan kewangan.

1. Bayaran Lebih Selamat

Sistem pembayaran secara digital memudahkan urusan mengendalikan, memproses dan juga mengesan pembayaran yuran. Ini juga merangkumi urusan seperti mengesan transaksi pembayaran di dalam laporan bagi mngelakkan risiko kehilangan data. Para guru dapat fokus kepada pembelajaran di dalam kelas. Pembayaran secara digital menyingkirkan risiko kehilangan wang tunai sewaktu pembayaran yuran. Dengan mempraktiskan pembayaran secara digital, para pelajar tidak perlu membawa wang tunai ke sekolah untuk pembayaran yuran kerana risiko kehilangannya terlalu tinggi. Pembayaran secara tunai telah diuji dan terbukti selamat.

2. Menjimatkan Masa

Pentadbir dapat menjimatkan masa untuk mengendalikan pembayaran yuran dengan menyingkirkan manual proses seperti:

  • Memulakan transaksi kredit dan debit langsung
  • Mengendalikan urusan transaksi wang tunai

3. Lewat Pembayaran Yuran

Peringatan secara automatik kepada ibubapa melalui sistem pembayaran yuran jika terdapat ibubapa yang tidak membuat bayaran tepat pada masanya (tidak berapa janggal jika tidak bersemuka).

4. Data Lebih Selamat

Sekolah dapat menghilangkan risiko kehilangan berkaitan maklumat yang sulit seperti kad kredit/debit. Mereka tidak perlu sentiasa mengemas kini data apabila maklumat kad telah tamat tempoh.

5. Rekod Kewangan Terancang

Aktiviti transaksi dan maklumat berkaitan (slip dan invois) boleh disimpan di dalam talian dengan selamat. Ini memastikan rekod disimpan secara konsisten,mudah diakses dan risiko untuk kehilangan data sangat rendah. Menguruskan secara digital membantu kakitangan pentadbir mengesan transaksi yang telah dilakukan. Laporan juga boleh dijana bila-bila masa untuk tujuan audit.

6. Memudahkan

Ibubapa boleh melakukan transaksi pada bila-bila masa mengikut keselesaan mereka. Proses ini sangat membantu untuk ibubapa yang bekerja kerana mereka boleh menyelesaikan apa sahaja transaksi dimana mereka berada.

7. Mesra Pengguna

Pembayaran secara dalam talian memudahkan akses oleh ibubapa dan bayaran dilakukan tepat pada waktunya yang mana mengurangkan kesilapan yang dilakukan semasa membuat bayaran secara manual. Ini membuatkan ibubapa merasa selesa ketika melakukan transaksi.

“Dengan mewujudkan pembayaran secara dalam talian di dalam sistem pengurusan sekolah menjadikan sistem pengurusan sekolah lebih teratur dan lancar menjadikan mereka boleh memberikan tumpuan di dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah,” kata Joyce Tee, Ketua Kumpulan SME Bank di DBS Bank di pelancaran rasmi bersama Menteri Pendidikan Ong Ye Kung sebagai tetamu kehormat.
DBS partners LittleLives to digitise payments
DBS has partnered Singapore-based edutech firm LittleLives to digitalise payments for one in three Singapore pre-schools.

Sekolah boleh melakukan perubahan ke arah pembayaran yuran dalam talian yang mana lebih selamat dan mudah. Apabila sistem pengurusan lebih teratur, anda boleh menumpukan perhatian pada perkara yang lebih penting:pendidikan.