Menggunakan Teknologi untuk Mengelolakan Sekolah
Mengapa penting untuk menggunakan teknologi di dalam pengurusan sekolah dan apakah perkara yang perlu anda pertimbangkan?
Alat digital yang boleh diakses secara meluas mungkin telah menyelesaikan masalah menjadikan data lebih mudah diakses dan lebih senang dikongsi berbanding menggunakan kaedah manual. Namun, seperti sedia maklum, ini tidak mencukupi untuk menguruskan kesemua aspek pengurusan sekolah secara digital dengan berkesan. Ini termasuk penyimpanan data peribadi pelajar, komunikasi bersama ibubapa, pengendalian dan rekod yuran dengan selamat berserta log harian di sekolah.
Tahun ini telah mengajar kita,mempunyai sistem yang lengkap membantu kita dari segala aspek. Jadi, bagaimana teknologi dapat membantu sekolah anda?
Membantu anda merekod segala dokumen
Di beri kepercayaan memastikan keselamatan anak-anak bukanlah mudah. Sekiranya ada komunikasi yang baik dalam memberikan maklumat kepada ibubapa tentunya bukanlah sukar untuk membina kepercayaan mereka.
Ini merangkumi:
- Memastikan anak-anak selamat sampai di sekolah (terutama untuk ibubapa yang tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah)
- Catatan mengenai waktu makan dan juga waktu tidur anak-anak
- Saluran komunikasi yang mudah diakses oleh ibubapa
- Kemas kini berkala mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak
Kelihatan mustahil untuk memberikan ibubapa kesemua maklumat secara manual. Sistem pengurusan sekolah boleh membantu memudahkan segala rutin harian kakitangan sekolah. Sebagai contoh,memeriksa anak-anak di dalam dan luar sekolah dengan berswafoto membantu menyelesaikan beberapa perkara sekaligus:
(a) kehadiran anak-anak berserta waktu ketibaan direkodkan secara digital
(b) pemeriksaan suhu dan fizikal anak-anak dicatat secara digital dan
(c) gambar waktu hadir di sekolah akan di hantar secara automatik melalui email dan juga aplikasi Little Family Room
Ciri tambahan seperti saluran untuk berkomunikasi antara kakitangan dapat memudahkan pihak pengurusan sekolah mempunyai data mengenai komunikasi antara sekolah dan ibubapa. Ini merupakan satu perubahan yang akan memberikan impak yang besar dalam pengurusan sekolah di mana tidak perlu menggunakan pelbagai saluran seperti (WhatsApp, Telegram, SMS dan email) kerana sukar untuk memantau kesemua saluran.
Membantu anda menyimpan rekod dengan selamat
Antara kekangan di dalam dunia teknologi adalah keselamatan dan juga privasi yang telah memberikan maklumat peribadi kepada pihak ketiga. (Contoh: Facebook dan Zoom).
Data peribadi kanak-kanak sangatlah sensitif. Menggunakan teknologi yang dipercayai membantu melindungi data anak-anak di dalam urusan pentadbiran sekolah. Ia adalah sangat penting kerana syarikat yang berkenaan haruslah mematuhi garis panduan PDPA dan GDPR serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan untuk memantau teknologi di dalam pendidikan.
Membantu anda meningkatkan mutu pembelajaran
Kanak-kanak menghabiskan masa di tadika sekitar 3 jam. Ini bermaksud pembelajaran banyak berlaku di luar kelas. Kajian menunjukkan komunikasi yang baik antara sekolah dan ibubapa dapat membantu proses pembelajaran kanak-kanak di luar sekolah.Memberi makluman kepada ibubapa apa yang telah dipelajari oleh anak-anak mereka di dalam kelas dapat mengukuhkan titik pembelajaran di rumah.
Memupuk pembelajaran anak di luar kelas memerlukan komunikasi yang baik antara sekolah dan ibubapa. Persidangan yang dilakukan 2 kali setahun juga tidak mencukupi untuk memantau proses perkembangan dan pembelajaran anak-anak. Sama ada melakukan komunikasi secara aktif ataupun pasif untuk memantau kemajuaan anak mereka , teknologi membantu untuk memudahkan prosesnya.
Aplikasi seperti LittleLives membolehkan para guru untuk mengambil gambar, merekodkan log aktiviti dan juga mencatat hasil pembelajaran menggunakan peranti mudah alih mereka. Rekod ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan ia dihubungkan melalui aplikasi Little Family Room yang mana membenarkan ibubapa untuk terus mendapatkan maklumat dari pihak sekolah.Selain itu, rekod yang dibuat secara berkala boleh menghasilkan buku laporan kemajuan secara automatik yang mana memudahkan para guru apabila perjumpaan bersama ibubapa. Tugas yang boleh dibantu apabila menggunakan teknologi!
Perubahan memerlukan tindakan dan ini terutamanya apabila mengenai perubahan teknologi. Maklumat yang pernah didokumentasikan secara manual dan kini direkodkan melalui lembaran excel.
Tetapi adakah ini sudah cukup untuk sekolah anda?
Teknologi yang akan membawa perubahan kepada sekolah dan apa-apa pun terpulang kepada anda bagaimana untuk memanfaatkannya.