Portfolio Pelajar: Adakah Ia Penting dan Bagaimana Cara untuk Menulis Portfolio?
Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila anda mendengar berkenaan portfolio pelajar?
Menakutkan? Terlalu banyak menulis? Tidak ingat apa yang pelajar lakukan di dalam kelas?
Mengemas kini portfolio pelajar merupakan satu bebanan bagi para pendidik kerana seringkali kita merasa terlalu banyak maklumat dan kita tidak tahu harus bermula dari mana.
Apakah itu portfolio pelajar?
Portfolio pelajar mengumpulkan koleksi-koleksi pembelajaran dari bidang pembelajaran berlainan yang berlangsung mengikut tempoh persekolahan. Koleksi pembelajaran merangkumi bidang pembelajaran yang di ambil melalui foto, video, nota termasuk laporan perkembangan pelajar di sekolah dan penilaian perkembangan.
Portfolio juga boleh digunakan sebagai medium untuk berkongsi perkembangan pelajar dari masa ke masa. Walaubagaimanapun, harus diperhalusi bahawa portfolio bukan sekadar album untuk ibubapa, ia juga merupakan medium berkesan untuk berkongsi sejauh mana perkembangan anak-anak di sekolah.
Mengapa porfolio pelajar penting?
Beberapa sebab mengapa portfolio pelajar penting bukan hanya kepada pelajar tetapi juga kepada guru dan ibubapa.
Kelebihan portfolio pelajar:
- Pelajar berbangga dengan pencapaian di sekolah
- Peluang untuk pelajar untuk refleksi diri
- Titik permulaan untuk menetapkan matlamat
- Meningkatkan komunikasi antara sekolah dan ibubapa
- Paparkan profil pelajar
- Memberikan maklumat perkembangan pelajar
- Memberikan maklumat untuk perjumpaan ibubapa dan guru
- Memudahkan proses pemindahan pelajar
- Mempamerkan keberkesanan program sekolah
Bagaimana menulis portfolio pelajar ?
Tentukan bagaimana anda hendak menyimpan koleksi hasil kerja pelajar anda. Adakah anda mahu mendokumentasi dengan membuat fail individu atau menulis di dalam buku nota? Atau mencetak gambar - gambar dan menampalnya di dalam buku laporan? Terdapat banyak rujukan yang boleh anda rujuk untuk menghasilkan template portfolio. Rujuk di sini untuk menghasilkan portfolio dengan mudah dan menarik.
Perlu ditekankan bahawa portfolio adalah koleksi perkembangan pelajar bertujuan untuk mempamerkan kejayaan, kelebihan dan ruang penambahbaikan bagi pelajar tersebut.
Kami mencadangkan beberapa langkah di bawah dalam usaha oleh para pendidik untuk menghasilkan portfolio:
- Kategorikan portfolio mengikut perkembangan pelajar yang telah ditetapkan oleh kurikulum atau pembelajaran awal sekolah. Contohnya jika anda rekod perkembangan pelajar dari awal hingga akhir semester, anda dapat mengenal pasti perkembangan yang berlaku oleh pelajar tersebut dari tidak tahu membaca sehinggan pandai membaca dan mengeja.
- Diperhalusi bidang pembelajaran atau domain yang terlibat dalam sesi pembelajaran.
- Memastikan portfolio memberi kefahaman yang jelas kepada ibubapa mengenai pembelajaran di sekolah dan perkembangan anak mereka dari masa ke semasa. Foto dan video akan memberikan impak yang lebih besar.
- Nyatakan perkara-perkara yang perlu di titik beratkan supaya mereka boleh melakukan aktiviti tersebut bersama anak mereka di rumah.
- Bertujuan untuk menyediakan portfolio yang lengkap dimana untuk menunjukkan kebolehan pelajar dan juga perkara-perkara yang memerlukan penambaikan. Di samping terdapat gambar-gambar dan video untuk merekod pemgalaman pembelajaran di sekolah.
Sesetengah sekolah memilih untuk menggunakan sistem pengurusan sekolah untuk menghasilkan portfolio pelajar. Sesetengah sistem boleh melakukan secara automatik! Sebagai contoh, portfolio LittleLives membenarkan para pendidik untuk memuat naik media, memilih bidang pembelajaran dan mencatit pemerhatian di mana sahaja mereka berada. Apabila sudah menjadi rutin, digital portfolio pelajar akan dihasilkan secara automatik di dalam sistem dan pada masa yang sama menjadi sangat mudah apabila hendak melakukan perjumpaan bersama ibubapa.
Kelebihan digital portfolio juga adalah membenarkan ibubapa untuk melihat perkembangan anak mereka pada bila-bila masa. Ini adalah merupakan salah satu kaedah untuk merapatkan hubungan sekolah bersama ibubapa.
Akhir kata, portfolio bukanlah untuk mempamerkan anda mempunyai pelajar yang sempurna dari segala aspek tetapi jadikan ia sebagai salah satu medium untuk berkongsi tentang perkembangan pelajar,kelebihan dan juga penambaikan yang diperlu dilakukan bersama ibubapa. Portfolio pelajar haruslah menjadi cerminan sebenar pelajar anda di kelas dan pada masa yang sama menjadi batu loncatan untuk merancang perkembangan mereka di sekolah.
(Translated by Nur Ain Zakiah)